Hanya Bentong catat suhu panas tahap satu

Hanya Bentong catat suhu panas tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Daerah Bentong di Pahang satu-satunya kawasan  yang mencatat suhu maksimum harian 35 sehingga 37 darjah selsius tahap satu (berjaga-jaga).

Status cuaca panas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 4.30 petang hari ini merekodkan kawasan lain di negara ini masih berada pada suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah selsius. 

Jabatan itu merekodkan tiada kawasan berada pada tahap dua (gelombang haba) dan tahap tiga (gelombang ekstrem haba).

Sementara itu, berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 5 petang ini, tiada kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Sebanyak 22 stesen pula mencatatkan bacaan IPU baik manakala 46 kawasan sederhana.

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Di samping itu, MetMalaysia juga membuat hantaran di laman Facebook dengan merekodkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri sehingga pukul 7 petang ini. 

“Negeri tersebut ialah di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Sarawak (Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). 

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ataudijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam hantaran itu.

Katanya, amaran  ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya