Hampir 2 juta mohon jadi penjawat awam

Hampir 2 juta mohon jadi penjawat awam

ZAINAL RAHIM SEMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 1,960,261 calon memohon sebagai penjawat awam direkodkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun 2022 sehingga 11 Mei lalu berbanding jumlah pengambilan hanya melibatkan 26,436 jawatan.

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, jumlah itu melibatkan 1,279,494 permohonan bagi tahun 2022 berbanding jumlah yang berjaya dilantik hanya 20,762 orang, manakala pada tahun ini pula sejumlah 680,767 permohonan dengan sebanyak 5,674 calon berjaya memperoleh jawatan.

Beliau berkata, daripada jumlah permohonan itu, lebih 70 peratus adalah dalam kalangan Melayu, manakala Cina hanya 1.2 peratus dan India 3.1 peratus.

Menurut beliau, jumlah lantikan tetap yang diambil meningkat sejak tahun 2020 iaitu sebanyak 15,518 orang dan pada tahun 201 sebanyak 15,755 orang, manakala jumlah lantikan kontrak bagi Pegawai Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Jawatan Separa Perubatan adalah sebanyak 9,952 (2020); 8,750 (2021) dan 16,878 (2022).

“Bagi lantikan kontrak bagi jawatan-jawatan lain pula sebanyak 4,600 jawatan diisi bagi tahun 2020, 16,472 (2021) dan 10,285 (2022),” katanya pada majlis SPA bersama media di sini hari ini.

Zainal Rahim berkata, sistem digitalisasi yang dibangunkan SPA untuk setiap peringkat proses pengambilan perjawatan menepis persepsi awam tentang wujudnya penggunaan ‘kabel’ atau campur tangan orang dalam untuk mengisi jawatan kerajaan.

Beliau berkata, SPA sudah mengaplikasikan digitalisasi sepenuhnya bagi sistem permohonan dalam talian iaitu SPA9 yang mewajibkan semua proses permohonan melalui tiga peringkat penilaian sebelum dipanggil temu duga.

Beliau menjelaskan, bagi peringkat sesi temu duga pula, SPA menetapkan dua anggota panel dilantik sama ada dalam kalangan SPA sendiri atau jabatan dengan mensyaratkan panel itu wajib melalui tapisan integriti dan menandatangani aku janji sekali gus menutup ruang yang dipercayai boleh menggunakan orang dalam.

“Banyak secara sinis kita terima yang mengatakan mereka dapat pekerjaan itu mesti ada kabel maknanya ada kawan-kawan atau ada saudara di SPA, Kita tak praktis perkara itu sejak wujudnya SPA9 dan aplikasi sebelumnya apabila kita memperkenalkan sistem digital.

“Semua orang bebas untuk memohon dan mematuhi syarat dan yang meluluskan adalah secara automatik melalui sistem, sehingga peringkat temuduga. Semua pihak di SPA membuat akujanji tidak ada kabel seumpama ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya