BESUT: Seorang hafizah al-Quran melakar sejarah apabila mendapat tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), baru-baru ini. Safwa Zamri, 19, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun, menerima hadiah Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) bagi kertas FA1-Rekod Transaksi Kewangan. Katanya, dia yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut mendapat keputusan cemerlang dengan markah 98 peratus dalam peperiksaan tersebut, Mac lalu. “Keputusan itu melayakkan saya berada pada kedudukan pertama di Malaysia dan kedua di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya