Guru Besar kembali turun padang latih bola sebelum bersara - Utusan Malaysia

Guru Besar kembali turun padang latih bola sebelum bersara

AZHAR Darus mengimbau kenangan bersama bekas anak muridnya dari Sekolah Tengku Budriah (STB) yang juga pemain bola sepak sekolah pada 1997 ketika beliau menjadi jurulatih pasukan bola sepak sekolah itu di SK Sena, Kangar, Perlis. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Di awal pembabitannya sebagai seorang guru pada 1989 di awal usia 22 tahun, Azhar Darus diberi peranan menjadi jurulatih pasukan bola sepak sekolah.

Sepanjang bergelar jurulatih di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Besar Utara selama setahun pada 1990 dan Sekolah Tengku Budriah (STB) dari 1991 sehingga 2002, pelbagai kejayaan cemerlang dan kejuaraan berjaya dinikmati oleh sekolah berkenaan yang menjadi antara pasukan yang digeruni di Perlis.

Kini, di akhir perkhidmatan beliau yang bakal bersara pada 29 Jun ini, Azhar yang merupakan Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SK Sena kembali menjadi jurulatih pasukan bola sepak di sekolah berkenaan sekali gus mengembalikan nostalgia dan kenangan manisnya ketika usia muda dahulu.

Sepanjang menjadi jurulatih pasukan bola sepak sekolah, Azhar, 58, banyak melahirkan pemain-pemain hebat yang mewakili negeri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azhar yang juga bekas Guru Besar STB dari 2017 hingga 2022 itu berkata, sebelum mengakhiri perkhidmatan sebagai guru, beliau mengambil peranan kembali menjadi jurulatih pasukan bola sepak di sekolahnya.

Katanya, peranan tersebut cukup sinifikan dengan dirinya dengan sebahagian besar di zaman mudanya sebagai seorang guru itu bergelar jurulatih pasukan bola sepak sekolah.

“Sebelum bersara, ia mengimbau balik kenangan manis saya sebagai jurulatih bola sepak yang mengecapi pelbagai kejayaan khususnya ketika di STB dahulu. Meskipun sebagai Guru Besar, saya tidak kisah mengambil peranan itu yang juga menjadi minat saya.

AZHAR Darus (dua dari kiri) bersama pemain bola sepak sekolah STB di awal 90-an ketika menjadi jurulatih. – UTUSAN

“Saya masih ingat, semasa mula mengambil peranan sebagai jurulatih di SK Padang Besar Utara sekitar 1990-1991. Pada masa itu, kami berjaya mengekalkan kejuaraan meskipun pada peringkat awal tidak diletakkan sebarang harapan. Pada masa itu, saya datang ke sekolah pukul 7 pagi dan balik pukul 7 malam untuk melatih pemain-pemain ini,” katanya.

Katanya, di STB pula pada 1991 sehingga 2002, dia bersama dua lagi rakan guru iaitu Azizan Osman dan Fauzi Ibrahim membimbing pasukan sekolah sehingga menjuarai pelbagai kejohanan.

“STB pada masa itu, merupakan antara pasukan bola sepak yang cukup digeruni dengan ramai pemain berbakat. Banyak kenangan manis semasa menjadi jurulatih pasukan bola sepak sekolah dahulu,” katanya.

KENANGAN Azhar Darus mengajar bola sepak di STB sekitar 90-an.- UTUSAN

Selain SK Sena dan STB, Azhar juga pernah menjadi Guru Besar di SK Jalan Raja Syed Alwi selain pernah empat kali menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Bapa kepada empat orang anak itu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pernah memegang jawatang Bendahari Majlis Guru Besar Perlis selain sebagai Ketua Jurulatih Utama Bahasa Melayu program Tenaga Diiperbaharui dan Kecekapan Tenaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya