Gerak kempen tidak guna plastik

Gerak kempen tidak guna plastik

Penggunaan beg kitar semula boleh mengurangkan beg plastik yang tidak akan digunakan lagi menjelang 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran sebagai alternatif untuk menjayakan program tiada penggunaan plastik menjelang 2025. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin berkata, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang bahayanya penggunaan plastik kepada alam sekitar.

“Dengan adanya kempen sebegini, rakyat akan sedar dan faham kenapa kerajaan mansuhkan penggunaan beg plastik menjelang 2025,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menggalakkan industri untuk menghasilkan pembungkusan yang mesra alam. 

“Bagi saya, wujudkan satu jenis pembungkusan yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti menggunakan beg kertas serta beg pakai semula,” katanya. 

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), S. Mageswari berkata, ketika ini kebanyakan  pembungkusan direka bentuk untuk kegunaan sekali sahaja dan boleh memberi kesan kesan terhadap alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.

“Kerajaan perlu senaraikan plastik pakai buang yang sebenarnya tidak diperlukan, bermula dengan yang mempunyai bahan berbahaya. 

“Kemudian langkah-langkah diambil untuk menghapuskan dan akhirnya mengharamkan plastik  tersebut,” katanya.

Selain itu katanya, penguatkuasaan larangan menggunakan plastik pakai buang juga perlu dilaksanakan dengan tegas.

“Kita juga memerlukan dasar untuk memastikan syarikat bertanggungjawab ke atas produk dan pembungkusan mereka,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya