Gelombang haba: Pasaran lembu korban tidak terjejas

Gelombang haba: Pasaran lembu korban tidak terjejas

ABDUL RAZAK KHASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT-Pasaran lembu korban tahun ini tidak terjejas walaupun negara dilanda gelombang haba kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah, buat masa ini pesanan untuk lembu korban dibuka melibatkan tujuh penternak di bawah pertubuhan itu.

“Setiap lembu diberi minuman lebih daripada biasa bagi memastikan ia tidak mengalami masalah dehidrasi,”katanya ketika ditemui ketika sambutan Majlis Hari Raya PPK Kuala Langat 2023 di Banting, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pesanan lembu korban meningkat pasca pandemik Covid-19 khususnya daripada pihak masjid dan surau di daerah ini.

Bagi pihak PPK Kuala Langat pula, sebanyak 2,000 ekor lembu ditempah melibatkan kira-kira 50 masjid dan surau.

Mengulas mengenai hasil pertanian, Abdul Razak berkata, hasil kemajuan teknologi pertanian yang digunakan para petani tidak menjejaskan proses penanaman berikutan fenomena gelombang haba.

“Kita ada teknologi fertigasi yang memastikan bekalan air berada tahap terbaik untuk menyuburkan tanaman seperti cili merah dan sayur-sayuran.

“Teknologi yang kita miliki mampu menghadapi sebarang masalah akibat perubahan cuaca semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya