Garis panduan Covid-19 disemak semula

Garis panduan Covid-19 disemak semula

covid-19
Kerajaan digesa aktifkan smeula SOP TRIIS dan MySejahtera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan Covid-19 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu bukan lagi kecemasan kesihatan global.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ketika ini pihaknya akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 di negara ini berdasarkan protokol sedia ada.

Bagaimanapun, menurut beliau, KKM tetap akan meneruskan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan di negara ini bagi tempoh enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun pada tahun ini berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19.

“Pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan adalah perlu bagi memenuhi keperluan isolasi atau pengasingan kes Covid-19 di mana-mana tempat selain hospital dan keperluan majikan menanggung kos rawatan dan pengujian Covid-19 kepada pekerjanya.

“Dijangkakan, penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 dalam Malaysia akan dilaksanakan pada pertengahan Jun tahun ini bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempat jangkitan untuk menentukan hala tuju seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, kes Covid-19 dilaporkan meningkat sebanyak 54.1 peratus dengan 7,596 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME 18/2023) bermula dari 30 April hingga 6 Mei lalu berbanding 4,963 kes pada minggu sebelumnya.

Jelasnya, kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk kes yang disyaki ke fasiliti kesihatan awam juga menunjukkan peningkatan daripada 5.8 peratus kepada 7.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

“Walaubagaimanapun, keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya