Gagal kemuka calon Senator, Arafat dakwa PN Perak bergolak - Utusan Malaysia

Gagal kemuka calon Senator, Arafat dakwa PN Perak bergolak

MUHAMAD Arafat Varisai Mahamad pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak didakwa bergolak kerana gagal mengemukakan nama calon bagi pemilihan Senator pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, beliau sendiri mendapatkan maklumat daripada pejabat Speaker DUN dan mendapati Pembangkang tidak menghantar nama calon untuk jawatan tersebut.

“Saya sendiri dapatkan maklumat daripada pejabat Speaker, kita tanya bagaimana boleh tak ada calon daripada Pembangkang?

“Saya difahamkan oleh pejabat Speaker, nama calon (Pembangkang) tidak dikemukakan, cuma borang kosong saja saya difahamkanlah, sampai itulah tahap keadaan sebenar (PN) di negeri Perak.

“Ini membuktikan mereka bergolak kerana tidak dapat memilih satu nama sebagai calon Senator. Pembangkang hanya sekadar pembangkang. Soal nama untuk kemukakan nama Senator pun tak mampu, ini pula nak gugat Kerajaan Perpaduan negeri.

“Mungkin selepas ini pembangkang boleh kata ‘kami ada hantar borang tapi ditolak oleh pejabat Speaker’ tapi hakikatnya tiada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, DUN Perak memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai Ahli Dewan Negara.

Mujahid merupakan calon tunggal untuk jawatan itu. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu merupakan Naib Presiden Amanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya