Faidur Rahmah masjid pertama di Malaysia dengan ciri-ciri Masjid Nabawi

Faidur Rahmah masjid pertama di Malaysia dengan ciri-ciri Masjid Nabawi

HASSAN MOHAMED RASHID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembinaan Masjid Faidur Rahmah di Kampung Sungai Penchala, di sini mengambil inspirasi daripada ciri-ciri Masjid Nabawi di Madinah serta masjid-masjid di Tarim, Yaman. 

Mampu memuatkan lebih 1,000 jemaah dalam satu-satu masa, pengasasnya, Datuk Abdul Hassan Mohamed Rashid berkata, bangunan itu dicadangkan sendiri ulama berpengaruh dunia, Habib Umar Muhammad yang memiliki salasilah keturunan  Nabi Muhammad SAW.

“Tempat ini menjadi salah satu lokasi Habib Umar menyampaikan ilmu agama ketika menjelajah ke Asia Tenggara. Di situ saya mendapat ilham untuk mengimarahkan lagi supaya Islam berkembang di tempat ini.

“Faidur Rahmah akan mengadakan majlis ilmu setiap bulan, terbuka untuk semua dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin.

“Faidur Rahmah salah satu masjid di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi di Madinah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perasmian masjid berkenaan disempurnakan Habib Umar yang juga Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman dalam satu majlis yang diadakan selepas pembinaan masjid tersebut siap dibina pada 2022. 

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata, Faidur Rahmah menjalankan majlis ilmu secara mingguan dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin Abu dan terbuka untuk muslimin dan muslimat. 

Katanya, metod pengajian ilmu di Faidur Rahmah menyambung mata rantaian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Malah, tarikan utama tempat ini adalah muzium yang menyimpan khazanah barangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan barang-barang peninggalan ulama terdahulu.

“Muzium di masjid ini mengumpulkan banyak khazanah Islam yang cukup bernilai,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya