Kuala Lumpur: Pelakon, Emma Maembong, 31, selamat menimang cahaya mata kedua, Shakil Aryan Shah di sebuah pusat perubatan di ibu kota dekat sini, baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsi suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 35, menerusi Instagram, semalam.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi (anak) lelaki seberat 3.4 kilogram (kg) menerusi kelahiran secara normal. Allah maha besar. Shariq Gabriel bergelar abang sekarang,” tulisnya.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.
Pasangan tersebut menimang cahaya mata pertama sekitar November 2020.