Dua sahabat dipenjara tiga bulan - Utusan Malaysia

Dua sahabat dipenjara tiga bulan

Senjata
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua remaja dikenakan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini apabila mengaku salah melupuskan sebuah telefon bimbit yang diperolehinya selepas mencurinya daripada seorang warga asing pada 6 Ferbuari lalu.

Tertuduh Chau Xiew Zhean dan Shahrunizam Bambang Sucipto membuat pengakuan demikian di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh bebas selepas hukuman penjara dikenakan itu berkuatkuasa bermula tarikh mereka ditangkap iaitu pada hari kesalahan itu dilakukan.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua sahabat berusia 19 tahun itu melupuskan sebuah telefon bimbit jenis Redmi Pro berwarna biru dekat sebuah kedai telefon di Taman Puchong Prima, Puchong kira-kira pukul 3 petang.

Justeru, mereka yang masing-masing bekerja sebagai pekerja kontrak sambilan dan pekerja kedai cuci kereta dituduh di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 14 kanun sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam, Farith Emier Farhan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman penjara paling minimum dikenakan kepada mereka berikutan masing-masing menanggung kedua ibu dan bapa.

“Tertuduh pertama (Xiew Zhean) mempunyai pendapatan sekitar RM1,000 sebulan dan menanggung kedua ibu bapanya. Ibunya pula meraih pendapatan dengan menjual pisang goreng, sementara bapanya mempunyai masalah kesihatan.

“Tertuduh kedua (Shahrunizam) pula juga mempunyai pendapatan sekitar RM1,000 sebulan dan masih belum berkahwin, namun perlu menyara anak sulungnya. Ibu bapa tertuduh juga tidak bekerja,” katanya.

Sasha Diana kemudian menetapkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh ditangkap.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya