Dua maut motosikal bertembung

Dua maut motosikal bertembung

KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Sungai Dedap, Kampung Pisang di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan motosikal yang bertembung di Jalan Sungai Dedap, Kampung Pisang, di sini, pada pukul 9.15 malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adik perempuannya, Nur Aina Syafiqa, 11, cedera selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal, Mohd. Khatib Sharbini Tajuddin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Kejadian berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang lelaki berusia 41 tahun sedang bergerak dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia, manakala motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggangi remaja perempuan bersama adiknya datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba Yamaha Y15ZR yang dinaiki dua beradik itu masuk ke laluan Honda EX5 dan kedua-duanya bertembung di bahagian hadapan. Akibat rempuhan itu, kedua-dua penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang pembonceng cedera parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahnaz berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat dan mangsa yang parah turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya