Dua kereta terbakar, pemandu diserang sakit dada

Dua kereta terbakar, pemandu diserang sakit dada

KERETA Proton Persona dan Perodua Alza yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Taman Sepilai, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang lelaki dipercayai mengalami sakit dada sebelum kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiga lagi kereta di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Taman Sepilai, di sini petang semalam.

Kemalangan pada pukul 2.39 petang itu membabitkan mangsa berusia 33 tahun yang memandu kereta Proton Persona dari arah Sungai Kob menghala ke Batu Putih.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, mangsa yang gagal mengawal kenderaannya melanggar kereta jenis Honda HR-V, Proton Saga dan Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan kereta Proton Persona terbakar sebelum merebak kepada Perodua Alza, namun dua lagi kenderaan terselamat daripada kebakaran terbabit,” katanya dalam kenyataan

Menurut Mohd. Redzuan, pemandu kereta Proton Persona itu mengalami sakit dada, luka di bahagian kepala dan lutut sementara dua penumpang Perodua Alza lebam di bahagian mata serta lluka di dahi.

Katanya, enam lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta Honda HR-V serta Proton Saga tidak mengalami kecederaan

“Kesemua pemandu kenderaan terlibat mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya