Dua gerai ‘port kaki ketum’ dirobohkan

Dua gerai ‘port kaki ketum’ dirobohkan

OPERASI perobohan gerai yang menjadi ‘port kaki ketum’ di Taman Ria, Padang Serai di Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua buah gerai yang dibina secara haram dirobohkan selepas dikenal pasti menjadi tempat penggemar ketum menerusi operasi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa di Padang Serai, hari ini.

Seramai 70 anggota polis, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Tenaga Nasonal Berhad (TNB) terlibat dalam Operasi Roboh itu di dua lokasi iaitu di Taman Ria dan Taman Serai Wangi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, operasi dilakukan di bawah Seksyen 72 (1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran.

Katanya, selain merobohkan struktur gerai tersebut, bekalan air dan eletrik yang disalurkan di gerai terbabit turut dipotong.

“Tindakan dilakukan selepas kedua-dua gerai ini sudah beberapa kali diserbu oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim baru-baru ini dan sepanjang tahun lalu termasuk melibatkan rampasan air ketum,”katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Redzuan, MPKK juga sudah memberikan notis meruntuhkan binaan kepada kedua-dua pemilik terlibat pada 25 Januari lalu dan notis mengosongkan bangunan pada 27 Februari, namun tiada maklum balas daripada mereka.

Katanya, kejayaan operasi terbabit hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan dalam memastikan aktiviti jualan air ketum dan gerai haram berjaya ditumpaskan.

“Sepanjang operasi ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam aktiviti air ketum dan pada masa sama tiada gerai haram dijadikan port air ketum,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya