Dua beradik terselamat dalam kebakaran bilik - Utusan Malaysia

Dua beradik terselamat dalam kebakaran bilik

KEADAAN sebuah bilik yang dihuni dua beradik di tingkat 11, Flat Central Garden di Jelutong, Pulau Pinang yang hangus dalam kebakaran pagi tadi. - Pix IHSAN JBPM P. PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Dua beradik yang menghuni sebuah bilik di tingkat 11, Flat Central Garden di Jelutong, di sini berdepan detik cemas apabila bilik mereka terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa iaitu lelaki berusia 17 tahun dan kakaknya seorang wanita golongan orang kurang upaya (OKU) berusia 22 tahun sempat menyelamatkan diri.

Jelas beliau, kedua-duanya tidak mengalami kecederaan, namun dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

Mengulas lanjut, A’azelan berkata, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 10.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

”Apabila tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah bilik (kelas B) dengan anggaran kemusnahan kebakaran sebanyak 30 peratus.

”Komander Operasi kemudian membuat “size up” dan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pengawalan dan pemadaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pukul 11.09 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 11.14 pagi.

”Kerja-kerja “overhaul” telah dilakukan dan diserahkan kepada pasukan forensik untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pukul 12.04 tengah hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya