Dr. Mahathir puji LIMA ‘23, harap dapat diteruskan

Dr. Mahathir puji LIMA ‘23, harap dapat diteruskan

DR. Mahathir Mohamad bersama-sama Mohamad Hasan (kiri) dan Anthony Loke ketika Majlis Penutupan LIMA ‘23 di MIEC, Padang Matsirat di Langkawi. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) semakin baik saban tahun sejak edisi kali pertama diadakan pada tahun 1991.

Dr. Mahathir berkata, perkara itu dapat dilihat melalui penambah baikan pameran dan persembahan pasukan yang terlibat dalam kedua-dua sektor iaitu aeroangkasa dan maritim.

Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mengharapkan penganjuran pameran dwi tahunan itu dapat diteruskan oleh mana-mana kerajaan yang mentadbir negara ini pada edisi-edisi akan datang.

“Semakin lama (LIMA diadakan) semakin baik, (terutamanya) pameran dan tambahan yang lain dan saya percaya LIMA akan tumbuh (berkembang) di masa hadapan, saya juga berharap kerajaan Malaysia akan kekalkan LIMA,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aeroangkasa Global IBR 2023 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi malam tadi.

Beliau turut menghadiri majlis penutup LIMA ‘23 yang dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Anugerah berkenaan yang julung kali diadakan diberikan untuk menghargai individu yang berdedikasi dalam mempromosikan industri aeroangkasa dan maritim selain telah membawa sektor itu ke tahap lebih tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir memaklumkan idea dan objektif utama penganjuran LIMA ketika beliau sebagai Perdana Menteri keempat adalah untuk mengangkat industri pelancongan negara.

“(Sebelum edisi pertama 1991) saya baca berkenaan Singapura, mereka ada pertunjukan udara dua tahun sekali, saya dapati persembahan ini amat menarik dan akan tolong industri pelancongan.

“Pada ketika itu, saya ingat (sebaiknya) kalau (pertunjukan sama) ada di Malaysia, (tetapi) jangan sama tahun dengan Singapura.

“Pameran kita awalnya kecil sahaja tetapi sambutan baik, ramai datang dan LIMA menjadi daya tarikan kepada pelancongan dan promosi bagi sektor aeroangkasa dan maritim di Malaysia,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya