Divemaster ditahan cabul pelancong semasa aktiviti selam skuba

Divemaster ditahan cabul pelancong semasa aktiviti selam skuba

JAUTEH DIKUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengusaha industri pelancongan perlu mengingatkan kakitangan mereka agar sentiasa menjaga tingkah laku apabila mengendalikan pelancong termasuk semasa melakukan aktiviti selam skuba.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kakitangan industri pelancongan tidak harus melakukan tindakan tidak wajar seperti yang berlaku dalam kes membabitkan pelancong asing di Semporna baru-baru ini.

Dalam kes tersebut, seorang dive master telah bertindak mencabul penyelam skuba warga China dengan mencium pipi dan laporan polis telah dibuat oleh pelancong berkenaan.

“Tindakan telah pun diambil dan suspek ditahan. Sebaik sahaja terima laporan, kita mengambil tindakan segera,” katanya semasa sidang akhbar majlis serah-terima tugas empat jawatan ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Beliau berkata, kemasukan pelancong asing semakin meningkat dan ia menunjukkan pelancong yakin dengan tahap keselamatan di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superitendan Arif Abdul Razak hari ini memaklumkan pembantu jurulatih selaman sambilan iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditangkap semalam susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang pelancong China yang didakwa dicabul semasa melakukan aktiviti selam skuba.

Pelancong China berusia 25 tahun membuat laporan polis didakwa telah dicium oleh pembantu jurulatih selaman semasa melakukan aktiviti selam skuba pada 5 Mei lalu dan mangsa membuat laporan polis pada 6 Mei sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Tawau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 11 Mei untuk siasatan lanjut.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya