PETALING JAYA: Lebih 223 juta data peribadi rakyat Malaysia berisiko jadi mangsa penipuan dengan adanya sistem pangkalan data yang ‘dikawal’ dan ‘dibangunkan’ oleh penggodam untuk ‘dilelong’ kepada sindiket. Ia dipercayai dibangunkan oleh penggodam terdiri daripada pakar-pakar teknologi informasi (IT) berpangkalan di negara ini yang ingin mengaut keuntungan dengan mudah tanpa sebarang jejak. Dengan hanya mendaftar ke dalam sistem berkenaan, pelayar boleh mencari apa sahaja maklumat seperti kad pengenalan, alamat, nombor pendaftaran kereta mahupun pakej data termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seseorang individu dan syarikat terbabit Kumpulan ini akan menawarkan servis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya