DAP bukan 'abang besar' dalam PH-BN - Mahfuz

DAP bukan ‘abang besar’ dalam PH-BN – Mahfuz

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan DAP bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi PH Kedah menegaskan, tidak berlaku kecelaruan antara kedua-dua gabungan tersebut seperti didakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Beliau turut menjelaskan pendirian bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berhubung perbezaan pandangan antara UMNO dalam isu pengampunan diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak mewakili DAP.

“Dia (Kian Ming) bukan pemimpin DAP lagi. Jadi dakwaan bahawa DAP adalah ‘abang besar’ dalam PH-BN adalah tidak benar. Isu ‘abang besar’ itu sudah dinafikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Amanah Kedah di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Muhammad Sanusi bahawa DAP bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam PH dan BN apabila pemimpinnya tidak diasak untuk memohon ampun kepada UMNO ekoran pandangannya dalam isu pengampunan Najib.

Sementara itu, Mahfuz turut menyifatkan isu itu sudah selesai setelah Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemimpin UMNO.

“Saya cuma ingin menyatakan bahawa saling memohon kemaafan dan memaafkan satu sama lain adalah satu tindakan yang mulia. Walaupun kita tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jadi, apabila Timbalan Presiden Amanah memohon maaf kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, saya anggap perkara ini selesai, “ katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya