Cuaca tak menentu, pelancongan Melaka tetap meriah - Utusan Malaysia

Cuaca tak menentu, pelancongan Melaka tetap meriah

PELANCONG melakukan aktiviti air dengan menyewa e-Boat, kayak atau paddle boat di Tasik Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Cuaca yang tidak menentu di Melaka sejak akhir-akhir ini tidak menjadi penghalang buat pelancong menerokai pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negeri ini, antaranya aktiviti air di Tasik Ayer Keroh di sini.

Jabatan Meteorologi memaklumkan, suhu di negeri ini direkodkan antara 24 hingga 34 darjah Celsius diikuti de­ngan hujan lebat dan feno­mena angin kuat.

Seorang pelancong dari Selangor, Ahmad Ali Zakaria, 40, berkata, ibu bapa perlu bijak merancang perjalanan percutian ketika berhadapan dengan cuaca tidak menentu bagi mengelakkan insiden tidak diingini seperti sera­ngan strok haba dan sebagainya.

Jelasnya, aktiviti terbuka yang melibatkan anak-anak kecil perlu dilakukan pada waktu pagi atau petang yang mana suhu persekitaran belum mencapai tahap maksimum.

“Saya, isteri dan tiga orang anak ambil peluang berkayak dan menaiki bot di Tasik Ayer Keroh. Anak saya yang paling bongsu berusia 3 tahun, jadi kami mulakan aktiviti sebelum tengah hari.

“Pastikan juga anak-anak minum air kosong secukup­nya pada musim cuaca panas sebegini. Bagi saya paling pen­ting adalah cara bagaimana kita merancang aktiviti.

“Lakukan aktiviti luar hanya pada waktu pagi dan petang. Jadi kita boleh meminimumkan kemungkinan serangan strok haba terutama kepada anak kecil dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

SEBUAH keluarga sedang berkayak di Tasik Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD

Di Ayer Keroh, selain aktiviti air dengan menyewa e-Boat, kayak atau paddle boat di tasiknya, terdapat beberapa lokasi pelancongan menarik lain antaranya Zoo Melaka, Taman Buaya, Muzium Lebah Sedunia dan Taman Botanikal.

Dalam pada itu, seorang lagi pelancong dari Kedah, Nur Jamaliah Mohamad, 39, berkata, aspek pemakaian yang bersesuaian juga perlu diberi perhatian semasa melancong ketika cuaca panas.

“Jangan pakai pakaian yang tebal dan berwarna gelap semasa berada di luar kerana baju berwarna hitam lebih menyerap haba terutama buat anak-anak kecil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya