Cuaca panas: 15 kawasan rekod suhu cecah 37 darjah Celcius

Cuaca panas: 15 kawasan rekod suhu cecah 37 darjah Celcius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengesan 15 kawasan di negara ini yang merekodkan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celcius sekurang-kurang selama tiga hari-hari berturut. 

Menurut Met Malaysia, kawasan yang berada pada tahap berjaga-jaga itu melibatkan 12 kawasan di semenanjung Malaysia, dua kawasan di Sabah dan satu kawasan di Sarawak. 

“12 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 atau berjaga-Jaga iaitu di Pasir Mas, Padang Terap, Kuala Muda, Baling, Bandar Baru, Hulu Perak, Selama, Matang dan Larut, Kinta, Manjung, Batang Padang, Kuala Selangor dan Jempol. 

“Dua kawasan di Sabah berada pada tahap 1 atau berjaga-jaga iaitu Beaufort dan Kinabatangan, manakala satu kawasan di Sarawak iaitu di Mukah,” katanya. 

Jelas Met Malaysia, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas harian boleh rujuk di laman web https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. -utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya