Clemira Care Cream dikesan ada racun berjadual

Clemira Care Cream dikesan ada racun berjadual

CLEMIRA Care Cream dikesan mengandungi racun berjadual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Produk kosmetik Clemira Care Cream dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Miconazole yang boleh mengakibatkan risiko kerintangan akibat penggunaan tidak terkawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, susulan itu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik tersebut.

Beliau berkata, notifikasi produk kosmetik terlibat dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Katanya, produk yang mengandungi miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan.

“Ini seperti anti-fungal (Miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. 

Katanya, penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau memberitahu, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Pada masa sama, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 

Jelasnya, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik berkenaan dinasihat segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya