KEMUNCULAN semula pelakon, Rita Rudaini menerusi drama bersiri, Kerasnya Takdir mencetuskan buah mulut ramai.
Ada yang meluahkan rasa rindu berbalas terhadap lakonannya. Namun ada juga yang kurang senang dengan penjiwaan wata Sharifah Mastura yang dikatakan terlalu sombong dan jahat.
Pada masa sama, ramai tertanya-tanya perkembangan kehidupan pelakon cantik itu.
Adakah dia sudah bertemu pengganti hati? Atau dia semakin selesa sendiri? Jawablah! mendapatkan Rita.
Ramai teruja dan meluahkan rindu apabila Rita kembali dengan watak Sharifah Mastura. Ramai yang geram juga. Komen?
Jangankan warganet, saya sendiri meluat dengan karakter Mastura itu ketika di set penggambaran. Setiap kali saya sarung pakaian untuk karakter itu, saya rasa dingin semacam. Apatah lagi, kena nampak sombong. Memang saya meluat bila tengok muka sendiri di cermin dalam karakter itu.
Rita selektif dalam menerima sesebuah naskhah? Apa kriteria utama?
Memang dari dulu saya selektif. Siapa yang menawarkan watak, saya akan tanya dulu siapa barisan pelakon, pengarah dan sinopsis. Tapi biasalah, kalau namanya drama Melayu memang tetap ada ‘Melayunya’.
Saya jenis yang lantang bersuara dan tidak akan mengikut bulat-bulat skrip yang ada jika tidak logik pada saya. Ada masa saya bertekak dengan pengarah jika saya perlu buat sesuatu di luar norma.
Tetapi saya akan bincang dahulu dengan produser dan pengarah. Jelaskan mengapa saya berpandangan begitu. Kalau tidak boleh bawa bincang, memang itu kali pertama dan terakhir saya bekerja dengannya. Kerjasama itu penting, bukan jenis syok sendiri!
Mungkin sebelum ini, ramai yang tidak suka dengan Rita atas beberapa kontroversi. Namun mereka tidak dapat na kan bakat lakonan dan aura dimiliki Rita. Apa komen Rita terhadap para haters semua?
Saya tak pernah peduli apa yang orang cakap. Orang benci, saya tidak rugi apaapa. Begitu juga kalau yang suka, tetap tidak rugi apa-apa. Asalkan saya tahu, apa yang dilakukan terbaik untuk diri sendiri.
Saya tak hidup untuk puaskan hati orang lain. Apa sahaja yang mereka kirkan tentang saya, terpulang. Tak pernah memberi kesan dalam hati dan hidup saya. Alhamdulillah, saya bahagia dengan cara sendiri.
Boleh kongsikan perkembangan kehidupan dan kerjaya Rita sekarang? Rita dan anak-anak macam mana?
Anak-anak semakin membesar, memang fokus saya sekarang adalah mereka. Apa yang saya lakukan sekarang adalah work smart bukan work hard. Nak kerja apa kalau kerja berterusan? Orang boleh cakap saya tak dapat tawaran atau apa sahaja tetapi semakin matang usia, saya semakin pandai menguruskan kehidupan sendiri. Saya juga lebih menghargai apa yang ada di depan mata.
Semakin selesa sendiri atau sudah tiba masa untuk mengisi kekosongan hati?
Sejujurnya, saya selesa dengan kehidupan, Saya bersyukur. Dalam fikiran saya penuh dengan rancangan untuk masa depan anak-anak. Tidak ada ruang langsung untuk saya fikirkan diri sendiri. Tetapi inilah bahagia saya yang sebenar. Anak-anak adalah kehidupan saya.