KUALA TERENGGANU: Dua bot ambulans baharu bernilai RM1.4 juta disediakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Pulau Perhentian dan Pulau Redang dekat sini. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kemudahan itu disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) ekoran bot sedia ada sudah agak lama dan sering rosak. Katanya, bot ambulans tersebut dibina mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Laut dan dilengkapi peralatan keselamatan termasuk alat penerima Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), radio VHF dan kompas magnetik. “Sebelum ini, bot ambulans sedia ada yang bersaiz kecil tidak sesuai digunakan untuk membawa pesakit meredah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya