PEMBAYARAN saguhati Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah oleh syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) melukakan hati rakyat Kelantan. Kesan luka itu bertambah ‘parah’ apabila Dewan Pemuda Pas Kelantan bangkit mempertahan tindakan itu dan menyifatkan pemberian saguhati tersebut adalah prosedur biasa. Pemberian itu bagi menghargai kerja-kerja ‘memerah minda’ dalam memberi pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan dan tujuh daripada sembilan orang (ahli lembaga pengarah AKSB) adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air serta tiada apa-apa jawatan dalam parti. Bagaimanapun, ramai yang marah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya