Bomba Pulau Pinang kenal pasti sumber bekalan air terbuka - Utusan Malaysia

Bomba Pulau Pinang kenal pasti sumber bekalan air terbuka

SAADON Moktar ketika menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri di ibu pejabat JBPM Pulau Pinang di Batu Kawan hari ini. - Pix IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang tidak berdepan kekangan bekalan air bagi operasi pemadaman kebakaran di negeri ini.

Pengarahnya, Saadon Moktar bagaimanapun berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dengan mengenal pasti beberapa lokasi untuk akses bekalan air terbuka sekiranya perlu.

“Setakat ini, kita tidak berdepan dengan masalah bekalan air, namun kita sudah kenal pasti ‘hotspot’ di mana kita boleh dapatkan bekalan air terbuka jika keadaan memerlukan.

“Selain itu, kira-kira 13,000 pili bomba di negeri ini diselenggara dengan baik selain empat jentera Water Tanker sedia digunakan untuk melancarkan operasi pemadaman.

“Itu tidak termasuk bantuan tangki air daripada pasukan bomba sukarela yang sentiasa bersedia bila-bila masa,” katanya.

Beliau mengulas berhubung risiko kekurangan bekalan air di negeri ini yang dibimbangi mampu menjejaskan operasi pemadaman oleh JBPM negeri sekiranya berdepan situasi kecemasan kebakaran.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri di Ibu Pejabat JBPM negeri, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saadon berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti 28 kawasan yang berisiko berlakunya pembakaran terbuka akibat cuaca panas.

Katanya, kawasan terbabit meliputi tapak pelupusan sampah, tanah perkuburan Cina, kawasan hutan, belukar dan kebun.

“Pemantauan akan terus dijalankan di kawasan yang dikenal pasti berisiko dan orang awam diingatkan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran demi keselamatan semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya