Boleh cuba tumbang kerajaan, tetapi rakyat akan tolak - Utusan Malaysia

Boleh cuba tumbang kerajaan, tetapi rakyat akan tolak

CHOW Kon Yeow meneliti pelan projek menaik taraf tapak penjaja Lebuh Kurau 5, di Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan diyakini tidak mampu menggugat kestabilan pentadbiran negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Perpaduan dibentuk menerusi sokongan majoriti dua pertiga malah dikukuhkan lagi penguatkuasaan Akta Anti Lompat Parti 2023 juga telah berkuat kuasa.

Katanya, rakyat sudah membuat keputusan dan semua parti sudah mencapai persetujuan bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan yang menerajui Putrajaya kini dibentuk.

“Ada Akta Anti Lompat Parti, orang (pembangkang) yang cakap bukan-bukan maknanya mereka tidak ambil kira akta (yang termaktub dalam perlembagaan) itu melainkan mereka paksa untuk melakukan pilihan raya semula.

“Kalau mereka rasa ini cara terbaik, itu mereka yang rasa, tetapi rakyat fikir sebaliknya.

“Mereka (pembangkang) boleh cubalah (tumbang kerajaan), tetapi rakyat akan tolak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desas-desus terdapat gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi taklimat kepada peniaga bagi projek naik taraf Tapak Penjaja Lebuh Kurau 5, Taman Chai Leng, di sini hari ini.

Mengulas mengenai projek itu, Kon Yeow memberitahu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf tapak penjaja itu.

“Saya percaya projek ni dapat menjadikan pusat penjaja ini lebih selesa, selamat dan menjadi tumpuan pengunjung nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya