'Body shaming' beri kesan kepada saya, kurang kongsi gambar -Aizat Amdan - Utusan Malaysia

‘Body shaming’ beri kesan kepada saya, kurang kongsi gambar -Aizat Amdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Aizat Amdan, 34, meminta orang ramai menghentikan perbuatan ‘body shaming’ mengenai saiz fizikalnya.

Penyanyi Hanya Kau Yang Mampu itu bengang kerana perbuatan mengejek fizikal seseorang dilihat sudah keterlaluan khususnya di platform media sosial tanpa memikirkan kesan emosi yang terpaksa dihadapi mangsa.

“Saya tak tipu memang komen-komen itu (mengenai fizikal) memberi kesan kepada diri saya. Contohnya baru-baru ini saya buat persembahan di satu festival yang dihadiri beribu pengunjung. Tapi yang diperkatakan bukan persembahan tapi penampilan fizikal saya.

“Saya mahu orang faham, ‘body shaming’ ini perbuatan yang sangat tidak baik. Fatwa juga dah nyatakan ia haram.

“Selama ini saya tepis sahaja komen begini, tapi ada saatnya saya luahkan juga kepada isteri. Mungkin sebab itu jugalah saya jarang berkongsi apa-apa di laman sosial,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran FYP Media dan Indigital Music baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aizat menegaskan biarpun saiz badannya berbeza, namun dia tetap berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada apa-apa penyakit kronik.

“Mungkin mereka risaukan kesihatan saya. Jadi saya nak beritahu kepada semua yang saya sihat sahaja Alhamdulillah. Tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Hentikanlah body shaming, sebab sepatutnya perbuatan ini sudah patut hilang sejak 10 tahun lepas.

“Kita sepatutnya sudah lebih matang. Jika nak cipta perbualan dengan seseorang, perbualan mengenai saiz fizikal bukan cara yang baik.

“Ramai artis di luar sana yang saiz badannya besar namun ia bukanlah satu isu. Luar negara sudah membuktikannya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini, menggunakan nama pentas Ai.Z untuk pasaran antarabangsa, Aizat sedang dalam perancangan untuk melebarkan karier nyanyian ke Asia Tenggara.

Sebagai langkah pertama, dia akan memasarkan lagu bahasa Inggerisnya di Indonesia.

Terdahulu, Ai.Z menghasilkan sebuah lagu bersama-sama Yuna bertajuk The Last Thing. Tahun lalu, dia turut menerbitkan album Everything In Between yang menampilkan 10 buah lagu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya