BN-PH muktamad kerusi PRN Selangor 28 Mei - Utusan Malaysia

BN-PH muktamad kerusi PRN Selangor 28 Mei

PH-BN
MEGAT Zulkarnain Omardin (empat, kanan) bergambar bersama pada Majlis Silaturrahim Aidilfitri UMNO Bahagian Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Teka-teki pembahagian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bakal terjawab 28 Mei ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Julai ini.

Pengerusi Ba­dan Perhubu­ngan UMNO Se­langor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, rundingan antara PH-BN diteruskan pada tarikh tersebut bagi memuktamadkan pembahagian kerusi yang membolehkan jentera masing-masing digerakkan dengan segera.

“28 Mei ini (kerusi yang diwakili parti mana) sudah dinoktah dan dimuktamadkan supaya semua parti yang bertanding mesti kembali ke kawasan masing-masing untuk melakukan persediaan jentera. PH dan BN bertanding di mana mereka sudah tahu (kerusi masing-masing).

“Kita mesti mula menggerakkan jentera, tetapi peringkat BN  Selangor, saya sudah mengarahkan semua parti untuk segera membuka war room dua minggu yang lepas, jadi tidak timbul isu tidak bersedia cuma kita belum tahu kerusi mana BN bertanding,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Silaturrahim Aidilfitri UMNO Bahagian Shah Alam, malam tadi.

Beliau menambah, rundingan untuk memuktamadkan parti yang menjadi calon sudah tiga kali diadakan bersama Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mana kali terakhir adalah pada tiga hari lalu.

“Pertemuan kali ke tiga siapa yang bakal dipilih menjadi calon gabungan PH-BN berlangsung dalam suasana harmoni yang dibentangkan data dan fakta untuk mempertahankan hujah berhubung kerusi yang dipertandingkan calon masing-masing.

“Saya datang dengan mandat dari mesyuarat BN untuk berbincang dan saya mesti menghormati mandat yang diharapkan oleh ahli-ahli atau gabungan di bawah saya. Ia bukan perkara yang mudah dan boleh diselesaikan dalam satu malam. Ia ada proses yang perlu dipenuhi kedua pihak,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya