Big Stage 5: Naufal Azrin pakai rantai, dedah dada dipersoal netizen - Utusan Malaysia

Big Stage 5: Naufal Azrin pakai rantai, dedah dada dipersoal netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan peserta Big Stage 5, Naufal Azrin yang tampil mengenakan sut berwarna merah serta memakai rantai di leher dipersoalkan netizen.

Ini kerana, Naufal dikenali dengan imej nasyid dan pernah menyertai kumpulan Zayne yang sinonim dengan lagu dakwah dan berunsurkan ketuhanan, selain pernah belajar di sebuah Maahad Tahfiz di Selangor.

“Alamak! Macam tidak kena pakaian Naufal Azrin dengan lagu ini. Dengan nampak dada dan pakai rantainya,” tulis warga maya.

“Bukan dia budak nasyid ke Naufal Azrin? Nyanyian dia baik juga sebab sudah selalu dengar lagu itu dahulu. Nada tinggi dia macam azan,” komen pengguna media sosial.

Menerusi konsert minggu pertama, Naufal menyampaikan lagu Casablanca yang mempopularkan dirinya dengan pasangan duet, Nuha Bahrin dalam industri muzik.

Persembahan itu juga mendapat komen positif daripada juri tetap, Ajai yang memuji Naufal sebagai peserta lelaki terbaik pada malam ini.

Big Stage 5 bersiaran secara langsung bagi konsert pertama dari Auditorium MBSA, Shah Alam, yang menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap.

Program yang bersiaran selama 10 minggu itu mengundang penyanyi, Lah Ahmad sebagai juri jemputan serta Elly Mazlein dan pelawak dari Indonesia, Rina Nose sebagai pengacara.

Seramai 10 peserta dari Malaysia terpilih menyertai rancangan itu seperti Meer Nash, Naufal, Nadeera Zaini, Firdaus Rahmat serta empat bintang lain dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya