Big Stage 5: Kemunculan Hoon Doo buat peminat histeria - Utusan Malaysia

Big Stage 5: Kemunculan Hoon Doo buat peminat histeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemunculan duo popular dari Korea Selatan yang bergelar bintang Kpop iaitu Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo yang bergabung menjadi Hoon Doo, ternyata dinantikan peminat semasa konsert minggu pertama Big Stage 5.

Rata-rata warga maya memuji persembahan bertenaga dengan kualiti vokal yang bagus sehingga melayakkan mereka meraih markah tertinggi sebanyak 81 peratus.

“Tak sangka mereka akan sertai Big Stage 5. Sedap suara duo ini dan tidak sabar hendak tunggu tugasan minggu depan,” tulis warga maya.

“Hoon Doo pun masuk, duo ini memang hebat,” kata netizen.

“Hebat persembahan daripada duo Korea Selatan,” ciap pengguna Twittter.

Jejaka kacak ini mula dikenali selepas tular mendendangkan lagu Kebangsaan, Negaraku dengan cara mereka tersendiri.

Jin Soo merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu serta bergelar guru vokal kepada beberapa bintang Kpop.

Seung Hoon pula merupakan lulusan muzik dan vokal serta berkecimpung sebagai penyanyi opera dan banyak melakukan persembahan pentas.

Konsert pertama Big Stage 5 menampilkan penyanyi, Aina Abdul dan komposer, Ajai sebagai juri tetap, manakala Lah Ahmad sebagai juri jemputan.

Program yang akan bersiaran selama 10 minggu dari Auditorium MBSA, Shah Alam itu menampilkan Elly Mazlein dan pelawak dari Indonesia, Rina Nose sebagai pengacara.

Pelakon, Nora Danish pula mengisi tempat sebagai presiden netizen.

Seramai 10 peserta dari Malaysia terpilih menyertai rancangan itu seperti Meer Nash, Naufal, Nadeera Zaini, Firdaus Rahmat serta tiga bintang luar negara iaitu Waode dari Indonesia, Farhan Shah (Singapura) dan Hoon Doo (Korea Selatan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya