Bicara pengesahan cerai Hafidz, Shuhada ditetapkan 20 Jun - Utusan Malaysia

Bicara pengesahan cerai Hafidz, Shuhada ditetapkan 20 Jun

Hafidz Shuhada
MUHAMMAD Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri keluar bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) melalui pintu berlainan di selepas menghadiri sebutan semula permohonan pengesahan lafaz cerai dekat Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai pelakon Muhammad Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri ditetapkan pada 20 Jun ini bagi perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh tersebut selepas isu lafaz cerai di luar mahkamah dikatakan berlaku sebanyak dua kali apabila dimaklumkan peguam mewakili Muhammad Hafidz 29, Datuk Akberdin Abdul Kader.

“Kami tiada masalah untuk meneruskan prosiding pengesahan lafaz cerai ini diteruskan dengan perbicaraan. Namun kami perlu melakukan persediaan agar pihak-pihak menyediakan pernyataan saksi masing-masing.

“Justeru pihak kami memohon satu tarikh singkat bagi prosiding seterusnya perbicaraan pengesahan lafaz cerai tersebut,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, peguam syarie Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Nurul Shuhada, 29, membantah perkara itu kerana anak guamnya sudah bersedia untuk prosiding pengesahan lafaz cerai hari ini.

“Anak guam saya (Shuhada) bersedia memberi kenyataan secara lisan hari ini. Namun kami akur sekiranya mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi perbicaraan berserta pernyataan saksi,” katanya.

Dalam prosiding sebelum ini, peguam syarie Akberdin memaklumkan Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai lebih awal melalui aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Menurut peguam syarie itu, pihaknya terkejut apabila melihat tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu pada 22 Januari lalu, sedangkan dalam permohonan cerai lafaz itu dibuat pada 22 Februari.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Untuk rekod, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi , 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya