PADANG BESAR: Orang ramai mengambil peluang menjala ikan dengan berjalan kaki sehingga ke tengah empangan Timah Tasoh di Kampung Sahabat di sini yang airnya menyusut berikutan cuaca panas. Seorang penduduk dari Rimba Mas, Khairul Anuar Halim, 34, berkata, dia bersama rakan-rakannya mengambil peluang menjala pelbagai jenis ikan termasuk tilapia di tasik berkenaan. Katanya, berikutan air yang menyusut, mereka berjalan sehingga ke tengah empangan yang paras hanya sekitar lutut. “Pada musim kemarau seperti ini, air menyusut dan kami berpeluang berjalan hingga tengah tasik untuk menangkap ikan. Kali terakhir air menyusut sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya