PELBAGAI ragam orang ramai terutama golongan remaja dan kanak-kanak menyambut Aidilfitri yang lebih meriah pada tahun ini. Kegembiraan itu ditambah lagi dengan kepulangan warga kota ke desa tercinta dan bermesra dengan sanak saudara serta sahabat handai yang lama tidak bersua.
Bagi sekumpulan remaja dan kanak-kanak ini, mereka memilih untuk bermain air di lokasi perkelahan Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu. Pilihan mereka ini bertepatan dengan cuaca panas sehingga suhu mencecah 28 darjah Celsius.
Sememangnya Air Terjun Sekayu memang terkenal di Hulu Terengganu dan menjadi pilihan ramai orang setiap kali cuti umum dan hujung minggu. – UTUSAN