Beri alasan ambil air ketika dicekup berkhalwat

Beri alasan ambil air ketika dicekup berkhalwat

PEGAWAI penguatkuasa PADK sedang menjalankan soal siasat ke atas pasangan yang ditahan dalam operasi pencegahan jenayah syariah di Taman Sri Pinang, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Isu ketiadaan air yang berlaku di daerah ini dan Kuala Muda, semalam menjadi alasan kepada sepasang kekasih ketika dicekup berkhalwat di sebuah rumah di Taman Sri Pinang, di sini.

Pasangan terbabit ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada pukul 1.50 pagi ini.

Bagaimanapun, helah lelaki berusia 35 tahun itu kononnya datang ke rumah teman wanitanya yang berusia 48 tahun untuk mengambil air gagal mengaburi pihak PADK.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, anggota yang memeriksa rumah wanita berkenaan menemukan banyak barangan milik lelaki itu di rumah terbabit.

“Pasangan itu yang juga penjawat awam masing-masing mendakwa masih bujang. Kami menjalankan pemeriksaan di rumah terbabit hasil maklumat awam yang curiga dengan pasangan terbabit.

“Hasil soal siasat pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka berkhalwat,” katanya di sini, hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya