Bella Astilah sedia terima watak 'penyondol'

Bella Astillah sedia terima watak ‘penyondol’

BELLA ASTILLAH ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat karaoke, Loud Speaker di Datum Jelatek, di sini, semalam.-UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29, sedia menerima apa-apa karakter termasuk watak ‘penyondol’ sekiranya diberikan kepercayaan oleh mana-mana produksi.

Sebagai pelakon, Bella berkata, dia bersikap terbuka kerana setiap watak yang dijayakan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan.

“Teringin juga cuba, kalau ada saya terima sebab realiti kehidupan memang sudah ada (penyondol).

“Saya okay sahaja sebab hendak tahu juga apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke? Bukankah hidup akan menjadi tidak tenang, rasa takut,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat karaoke, Loud Speaker di Datum Jelatek, di sini, semalam.

Disoal berisiko dibenci penonton sekiranya menjayakan watak tersebut, Bella berkata, dia bersikap terbuka kerana perasaan benci itu boleh jadi disebabkan lakonan tersebut benar-benar menjadi.

“Bila sudah jadi pelakon kita akan cuba apa juga watak yang diberi. Daripada situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses tersebut,” katanya.

Pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sentiasa meminta nasihat dan pandangan suami, Aliff Aziz sekiranya menerima sebarang tawaran lakonan.

“Begitu juga dengan Aliff, kita sama-sama berkongsi. Aliff pun akan tanya pandangan saya kalau dapat tawaran. Kalau dulu kita masing-masing, sekarang kita lebih banyak berkongsi,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga peserta program hiburan, Famili Duo itu sekali lagi diuji apabila Aliff terjebak dengan ‘cinta lokasi’ bersama aktres jelita, Sophia AlBarakbah.

Mereka digandingkan bersama dalam drama rantaian, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Terdahulu, Aliff pernah juga dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain seperti Oktovia Manrose dan Afifah Nasir.

Bella dan Aliff bercerai pada Mei 2019 namun tidak lama selepas itu, mereka kembali bersatu pada April 2020.

Hasil perkongsian rumah tangga, kehidupan mereka kini terus bahagia di samping dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya