Bas persiaran dipandu laju sebelum kemalangan

Bas persiaran dipandu laju sebelum kemalangan

KEADAAN bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, LPT2 selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan dua penumpang di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur2 (LPT2), selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, di sini, hari ini, didakwa dipandu laju. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi, Tan Poh Hwa,42, bersama abang iparnya, Choo Chia Tan,44, maut dalam kemalangan itu.

Salah seorang penumpang, Loh Suat Lee, 38, berkata, dia bersama suami serta tiga anaknya terkejut apabila bas yang dinaiki mereka tiba-tiba terhuyung-hayang ke kiri dan kanan jalan beberapa kali sebelum terbalik. 

“Saya dapat rasa bas dipandu laju dan saya agak panik apabila bas tiba-tiba terhuyung-hayang. Kami menjerit ketakutan sebelum bas itu terbalik menyebabkan kami berhimpit antara satu sama lain. 

“Kami tidak berfikir panjang, dalam keadaan gelap, kami terus keluar melalui cermin hadapan yang pecah,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, di sini, hari ini. 

Suat Lee berkata, sebelum kejadian, dia bersama 29 individu lain termasuk  keluarganya serta enam keluarga sahabatnya yang tinggal di Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan sedang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk bercuti di Pulau Redang. 

“Sepatutnya kami naik bas lain, namun bas tersebut rosak dan digantikan dengan bas yang kami naiki dan kami bertolak kira-kira pukul 11.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Kenny Tan, 41, berkata, dia tidak menyangka percutiannya bersama keluarga bertukar tragedi apabila dia kehilangan kakak keduanya, dan abang iparnya. 

“Ketika kejadian, saya bersama tiga anak dan isteri sedang tidur. Saya hanya sedar apabila bas seakan-akan menghentam sesuatu dan kemudiannya terbalik.

“Saya terus tercari-cari anak dan isteri dan bawa mereka keluar menerusi cermin hadapan bas,” katanya yang bersyukur anak dan isterinya hanya cedera ringan, namun sedih kehilangan dua ahli keluarganya,” ujarnya 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dinaiki 32 individu termasuk pemandu lelaki berusia 26 tahun itu hilang kawalan ke kanan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kejadian itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera parah manakala 22 penumpang lain termasuk pemandu bas berusia 26 tahun cedera ringan dan sedang dirawat di Hospital Dungun dan Hospital Hulu Terengganu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya