Bas persiaran bawa pelancong bercuti di Pulau Redang kemalangan  - Utusan Malaysia

Bas persiaran bawa pelancong bercuti di Pulau Redang kemalangan 

KEADAAN bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, LPT2 selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, Dungun, Terengganu, pagi ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Hasrat sekumpulan 30 pelancong dari Tampin, Negeri Sembilan bercuti ke Pulau Redang, Setiu bertukar tragedi apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, dekat sini, pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan melibatkan bas yang dinaiki 32 individu termasuk seorang pemandu bas dan pemandu pelancong itu berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi. 

“Setakat ini, seorang wanita, iaitu Tan Poh Hwa, 42, maut di lokasi kejadian manakala tiga penumpang dan pemandu bas  berusia 26 tahun cedera parah menakala enam lagi penumpang cedera ringan. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang datang dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh besi pembahagi jalan. 

“Bas tersebut kemudiannya terbalik di laluan bertentangan menyebabkan ada mangsa yang tersepit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, pagi ini. 

Baharudin berkata, mangsa yang tersepit telah dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat dari Bandar Al Muktafi Billah Shah dan Kuala Berang. 

“Mangsa yang cedera yang mana mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Dungun untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya