Baru dua bulan bekerja, pemandu lori maut dihempap kayu balak - Utusan Malaysia

Baru dua bulan bekerja, pemandu lori maut dihempap kayu balak

LOKASI seorang lelaki maut selepas dihempap kayu balak di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Gua Musang di Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori yang baru dua bulan bekerja maut dihempap kayu balak dalam kejadian di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Gua Musang dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pu­kul 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Nor­azlan Hamdan, 53, cuba menurunkan balak daripada lori.

Mangsa melakukan kerja-kerja itu menggunakan kaedah biasa iaitu membuka empat rantai dan ‘chainlock’ kecuali di bahagian tengah sebelum sebatang kayu itu terjatuh lalu menghem­papnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, selepas mem­buka chainlock, mangsa pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai.

“Secara tiba-tiba sebatang balak jatuh me­nimpa bahagian badan mangsa.

“Rakan sekerja mang­sa yang melihat kejadian tersebut telah membawanya ke Hospital Gua Musang untuk mendapat rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mang­sa telah disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di hospital ber­kenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Choon Foo membe­ritahu, polis menerima laporan berkenaan kejadian terbabit kira-kira pukul 4 petang oleh pe­ngurus syarikat tempat mangsa bekerja.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya