PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun berkuat kuasa mulai 12 Mei ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. – UTUSAN