Astro Awani simpan bukti Hattan diberi taklimat sebelum live - Utusan Malaysia

Astro Awani simpan bukti Hattan diberi taklimat sebelum live

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saluran berita 24 jam, Astro Awani menjelaskan pihaknya mempunyai bukti sudah memberikan taklimat kepada penyanyi, Datuk Hattan sebelum sesi temubual dijalankan secara langsung.

Penerbit eksekutif, Ibrahim Sani menerusi ciapan Twitter menyangkal dakwaan kononnya Hattan tidak mengetahui temubual dilakukan bagi siaran secara live.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan tidak diberi ringkasan (briefing) yang temubual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” ciapnya.

Beliau mengulas kenyataan yang dilaporkan oleh rakan baik penyanyi itu, Salimey Abu Bakar kononnya tidak mengetahui temubual dijalankan secara live dan bukan secara rakaman.

Beberapa hari lalu, Hattan menerima kecaman teruk susulan kontroversi dirinya menempelak pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan mengenai pemergian arwah Mael XPDC.

Penyanyi berusia 58 tahun itu dikatakan berlagak sombong dan biadab ketika ‘menyekolahkan’ pembaca berita tersebut secara langsung.

Susulan itu, ramai pihak termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menggesa penyanyi itu membuat permohonan maaf secara terbuka, selain gesaan menuntut Hattan digam daripada membuat sebarang kemunculan di mana-mana stesen televisyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya