Artis bengang ‘kawan makan kawan’ - Utusan Malaysia

Artis bengang ‘kawan makan kawan’

cik bunga
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga tumpang simpati juga dengan nasib sebuah kumpulan rock ini. Gambaran yang Cik Bunga dapat berikan adalah betapa luluhnya hati seorang kawan apabila dapat tahu bahawa rakan baik sendiri telah menikamnya dari belakang.

Ini semua gara-gara satu tawaran persembahan yang sepatutnya menyaksikan kerjasama mereka.

Dalam perbincangan asal, kononnya kumpulan rock ini telah mengajak seorang ini untuk bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk projek persembahan tersebut.

Cik Bunga difahamkan, sejak bertahun-tahun lamanya, kumpulan rock ini sudah biasa menerima tawaran untuk buat persembahan di sebuah tempat lazim itu.

Kalau diikutkan, mereka tak perlu pun hendak libatkan pihak lain sebab sememangnya sudah berkebolehan menguruskan acara sendiri.

Tetapi, atas dasar mahu bantu rakan, anggota kumpulan ini semuanya bersetuju untuk jalin kerjasama dengan individu terbabit.

Bukan orang lain pun, rakan sendiri juga. Namun nak dijadikan cerita, rakan baik yang ‘dipelawa’ untuk kerjasama sekali itu rupa-rupanya main jalan kotor, tikam belakang kawan-kawan dan bolot pengurusan acara itu seorang.

Mana tak bengangnya kawan-kawan ini. Kalau Cik Bunga terkena begitu pun, mestilah terasa juga.

Cik Bunga kasihan jugalah pada nasib artis berkumpulan ini sebab sepatutnya boleh cari makan sama-sama, tetapi sebaliknya pula berlaku.

Tapi Cik Bunga puji artis berkumpulan ini. Walaupun disabotaj kawan sendiri, mereka tak mencanang cerita ini kepada manamana pihak.

Cik Bunga tahu ini pun daripada orang terdekat mereka yang secara tidak langsung membantu menguruskan acara tersebut.

Cik Bunga harap dan doakan ada rezeki lain untuk mereka. Biasanya begitu. Selepas hujan, pasti ada pelangi bukan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya