Arahan kek Hari Guru wajib ada logo parti palsu - Fadhlina

Arahan kek Hari Guru wajib ada logo parti adalah palsu – Fadhlina

hari guru
TANGKAP layar pesanan mesej memaparkan tiga perenggan arahan dan kenyataan berhubung syarat sumbangan kek oleh pihak luar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tangkap layar pesanan mesej di aplikasi Whatsapp yang mengarahkan sekolah hanya boleh menerima kek sambutan Hari Guru dengan syarat beserta logo parti Pakatan Harapan adalah palsu.

Perkara itu disahkan dan dikongsi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Fadhlina turut berkongsi tangkap layar pesanan mesej itu yang turut memaparkan tiga perenggan arahan dan kenyataan berhubung syarat sumbangan kek oleh pihak luar termasuk wakil rakyat setempat.

Pada hantaran sama, Fadhlina turut berkongsi ‘nota segera’ berbunyi ‘makan kek boleh, tapi jangan lupa minum air masak banyak-banyak ya!

Sebelum ini, tular satu tangkap layar pesanan Whatsapp yang ditujukan khas buat Pegawai Pendidikan Daerah.

Kandungan mesej itu antara lain menetapkan syarat kepada Guru Besar dan Pengetua supaya wajib ada logo parti Pakatan Harapan jika ingin menyumbang kek kepada guru dan sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya