Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk mangsa banjir - Utusan Malaysia

Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk mangsa banjir

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat sebelum ini telah meluluskan peruntukan jumlah yang sama pada awal tahun lalu menjadikan peruntukan keseluruhan ialah sebanyak RM100 juta.

“Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri kata bantuan tidak cukup, jadi malam ini saya tambah lagi RM50 juta menjadikan peruntukan keseluruhan RM100 juta.

“Saya tahu berlaku kelewatan pengagihan bantuan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jadi saya minta Nadma perhalusi segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di Dewan Al-Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, malam ini.

Lebih 15,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu

Anwar memberitahu, terdapat beberapa projek lain juga yang telah diluluskan di Terengganu antaranya pemuliharaan Sungai Merang, Setiu; pembinaan jalan-jalan desa, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tepoh Banggol Air Lilih (RM410 juta) dan Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering (RM192 juta).

“Dua atau tiga bulan lagi, kita akan tambah pembinaan loji rawatan kumbahan dan paip pembetungan di beberapa kawasan di Terengganu,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan hasrat Kerajaan Terengganu yang mahu bekerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan demi rakyat walaupun berbeza haluan.

“Saya setuju untuk ada kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri Terengganu sama dengan Kelantan bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya