Anwar jawab isu kalimah Allah di Parlimen

Anwar jawab isu kalimah Allah di Parlimen

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab soalan berkenaan isu kalimah Allah dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, antara tiga soalan adalah daripada Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) apabila meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan mendapatkan perkenan Majlis Raja-raja Melayu dan berunding dengan majlis agama Islam negeri-negeri terlebih dahulu sebelum secara menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah yang begitu besar implikasinya terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Pada minggu lalu, Anwar berkata, Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri dalam kenyataan media berkata, ia bagi menyelesaikan isu kalimah Allah secara menyeluruh dan bersepadu.

Ini berikutan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah Allah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya