Anwar gesa sekali lagi penubuhan Dana Monetari Asia

Anwar gesa sekali lagi penubuhan Dana Monetari Asia

Rakan sekutu… Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bersama para pemimpin ASEAN yang menghadiri Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia semalam. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan penubuhan Dana Monetari Asia sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini.

Perdana Menteri berkata, dana tersebut boleh menjadi mekanisme serantau yang dapat memahami realiti dan keperluan negara-negara anggota ASEAN serta mencadang langkah-langkah pemulihan yang lebih sesuai.

“Namun, saya menyambut baik deklarasi para pemimpin untuk menggerakkan kesalinghubungan pembayaran serantau dan menggalakkan urus niaga mata wang tempatan.

“Dengan ini, ia dapat mening­katkan penggunaan mata wang tempatan untuk menyokong pelaburan dan perdagangan rentas sempadan di ASEAN,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan dalam sesi pembukaan dan pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 2023, di Labuan Bajo, Indonesia semalam.

Mengenai Visi Pasca Komuniti ASEAN 2025, Anwar berkata, ASEAN perlu mempamer keya­kinan dan kesediaan yang lebih tinggi untuk merebut peluang bagi membawa perubahan positif kepada rakyat dan rantau ini.

Katanya, rantau ini akan menerima pakai Visi Pasca Komuniti ASEAN 2025 dalam masa dua tahun lagi untuk melakar laluan strategik ASEAN bagi tempoh dua dekad akan datang.

Menurut beliau, visi itu juga perlu memberikan penekanan kepada keterangkuman, kemampanan, transformasi dan responsif serta menambah baik kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN.

“Visi ASEAN pasca 2025 se­perti yang dibincang oleh kumpulan tokoh-tokoh terkemuka pada peringkat awal perbinca­ngan perlu mengutamakan ke­perluan dan kesejahteraan rakyat kita dalam agenda penyepaduan serantau,” katanya.

Anwar menambah, ia juga perlu mengukuhkan geopolitik dan geoekonomi ASEAN dan membentuk ketertiban antarabangsa yang adil dan beretika.

“Saya fikir visi itu nampaknya sangat konsisten dalam apa yang kita panggil di Malaysia sebagai Malaysia Madani,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ASEAN menggesa semua bentuk keganasan dan penggunaan ke­kerasan dihentikan bagi mewujudkan persekitaran kondusif untuk membolehkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang selamat, cepat dan dialog nasional inklusif dapat diadakan.

Pemimpin ASEAN dalam kenyataan bersama amat bimbang dengan keganasan yang berterusan khususnya serangan bersenjata ke atas konvoi kemanusiaan di Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya