Amirudin sedia ulangi prestasi lawan Azmin - Utusan Malaysia

Amirudin sedia ulangi prestasi lawan Azmin

Amirudin Azmin
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari sedia berdepan sekali lagi dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua itu menyatakan kesediaannya untuk mengulangi prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  tahun lalu selepas menewaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor di Parlimen Gombak.

“Tak tahu kalau dia hendak pergi ke Sungai Tua tiba-tiba dari Bukit Antarabangsa, dari bukit turun ke sungai, saya tak pasti itu strategi dia, kita tak pernah bertemu (untuk tujuan tersebut) berbincang apatah lagi merancang.

“Terpulang kepada strategi masing-masing, apa-apahal kita kena bersedia di segenap situasi dan keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan projek Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM), hari ini.

Terdahulu Mohamed Azmin ditewaskan oleh anak didiknya itu menerusi pertembungan lima penjuru termasuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dengan majoriti sebanyak 12,729.

Pada pertembungan tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu memperoleh 72,267 undi berbanding bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang mendapat 59,538 undi.

Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Bukit Antarabangsa pada PRN yang dijangka berlangsung pada Julai ini, sebaliknya dilapor akan bertanding di DUN Ulu Kelang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan sama ada dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Selangor pada pasca PRN nanti namun bersedia untuk kembali menerajui kerajaan negeri.

“Kalau tanya secara peribadi, selaku ahli parti, kita kena patuh dengan beberapa strategi dan perancangan yang bukan keputusan saya sendiri.

“Kalau tanya pendirian, saya prefer untuk kekal, tetapi pasti parti dan pimpinan akan membuat keputusan dan boleh mengadakan perbincangan demi kebaikan semua,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya