PETALING JAYA: Pelakon, Amar Baharin memaklumkan bapanya, Mohd. Baharin Amir menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.
Berita pemergian itu dikongsikan Amar menerusi Intagram miliknya yang memaklumkan jenazah bapanya akan dibawa dan diuruskan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang, pagi ini.
Amar turut berharap urusan pengebumian jenazah bapanya dipermudahkan dan arwah ditempatkan dalam kalangan insan beriman.
“Mohon doakan semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan andai kata ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.
“Andai kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan pada arwah,” tulisnya.