Alami slipped disc, Riezman Khuzaimi akui emosi terganggu - Utusan Malaysia

Alami slipped disc, Riezman Khuzaimi akui emosi terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Riezman Khuzaimi, 53, mendedahkan dirinya terpaksa menggunakan alat pendakap leher selepas menderita penyakit slipped disc sejak dua bulan lalu.

Menurut Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi,dia mula terasa sakit di bahagian tengkuk ketika bangun untuk bersahur pada Ramadan lalu.

“Saya mula menyedari diri sakit sejak seminggu berpuasa. Nak bangun sahur tiba-tiba tangan sebelah kanan tak boleh bergerak dan tak terasa apa-apa.

“Mulanya saya fikir sakit saraf dan pergi ke klinik. Kemudian saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital dan doktor sahkan saya mengalami slip disc,”katanya.

Riezman berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di sini, hari ini.

Jelas Riezman lagi, antara faktor yang menyumbang kepada berlaku masalah ini berkemungkinan akibat aktiviti harian yang selalu menghadap skrin komputer dan telefon bimbit.

Malah, kata pelakon ini, dia juga dinasihati tidak melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa jika berbuat demikian.

“Antara penyebab ialah postur badan selalu menunduk dan menurut doktor ramai yang sudah alami begini. Disebabkan sakit ini pada bahagian tengkuk doktor tak nasihatkan untuk buat pembedahan.

“Kalau buat pembedahan, keberangkalian sembuh ialah 50-50, boleh mengancam nyawa.

“Jadi sekarang ini memang saya buat fisioterapi sahaja. Penyakit ini boleh sembuh tapi ia juga boleh datang kembali pada bila-bila masa,” jelasnya.

Selain itu, Riezman berkata, keadaan ini turut menyebabkan emosinya terganggu dan adakala membuatkan dirinya cepat marah.

“Awal-awal dahulu memang sangat emosi. Rasa nak cepat marah. Maklumlah apabila tiba-tiba berlaku perubahan dalam diri

“Sekarang ini juga saya terpaksa tukar aktiviti harian. Dah tak boleh nak ride sebab halmet berat dan boleh beri kesan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya