Alamak! Itu Fiza Halim ke? - Utusan Malaysia

Alamak! Itu Fiza Halim ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mulanya, Cik Bunga tak pasti juga artis yang manakah netizen maksudkan mengenai isu ‘tudung terbang’ ini.

Jangan salahkan Cik Bungalah. Lagipun perihal artis bertudung dan kemudiannya tiba-tiba ‘hilang’ tudung ramai pula sekarang ini.

Satu persatu nama artis muncul yang mengejutkan ramai menerusi tindakan mereka itu.

Daripada Alya Iman, Zizie Izette dan Intan Sarafina, tup-tup muncul pula khabar angin mengenai bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang dikatakan masuk ke dalam senarai tersebut?

Tapi, kalau Cik Bunga lihat di Instagramnya, tak ada pula gambar dia buka tudung sepenuhnya.

Cik Bunga pun jadi kelirulah, mana satu cerita yang betul ini? Netizen kata Fiza Halim dah masuk dalam kategori itu, tapi tak ada pula dia memaparkannya di media sosial.

Namun, sedang Cik Bunga belek-belek aplikasi WhatsApp di telefon pintar, nak dijadikan cerita, ternampak gambar profil baharu penyanyi dan pelakon ini.

Terkejut dan terbeliak jugalah mata Cik Bunga sebab seingat kita, gambar yang sebelum ini, tak begitu. Kali ini, agak ‘daring’ dan seksi jugalah dan memang tak adalah langsung tudungnya.

Tak terkata Cik Bunga bila menatap gambar tersebut. Tapi dalam hati terdetik juga, adakah benar ini penampilan baharu artis ini?

Mustahil lah ini bukan nombor dia, sebab gambar yang dipaparkan itu memang Fiza. Tak tahu nak ulas apa sebab tentunya tuan empunya badan tahu dan sedar akan tindakannya itu.

Kalau kita komen lebih-lebih pun, Cik Bunga pasti dia pun tahu mana yang baik, mana yang buruk. Fiza pun sudah cukup dewasa.

Usianya pun bukan kategori anak remaja walaupun Cik Bunga akui, Fiza ini memang cantik orangnya di usia yang sudah menjengah angka 40-an.

Tak apalah, kita tunggulah jika Fiza sendiri mahu keluarkan kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya